Everyday i think of you.. Everyday you cross my mind. Everyday i see something that reminds me of you. Everyday im missing you. Everyday i wish you were mine. Everyday i wonder what could of been. Everyday i think of why you did this. & everyday im getting stronger. Everyday im moving on. But everyday ill always miss you.

Tuesday, October 26, 2010

Ada kalanya...

Kadang Kala Kita Merasa
Dekat Sangat Pada Seseorang
Tetapi Tak Tercapai Tangan Kita
Untuk Mengenggam Tangannya...

Kadang Kala Hati Kita Merasa
Rindu Sangat Pada Seseorang
Tetapi Hati Kita Selalu Berkata-kata
Aku Takut Untuk Meluahkannya...

Kadang Kala Hati Kita
Teringin Sangat Untuk Bersamanya
Tetapi Hati Kita Sering Berkata-kata
Aku Takut Untuk Mendekatinya....

Kadang Kala Kita Ingin Berseorangan
Tetapi Hati Kita Takut Dalam Kesunyian...

Kadang Kala Hati Kita Ingin Mengambil Berat
Pada Orang Yang Kita Sayang
Tetapi Hati Kita Sering Berkata-kata
Aku Takut Untuk Di Salah Ertikan....

Rupa-rupanya... Kita Menang Berjauhan
Yang Tak Mungkin Tercapai Tangan Ku
Untuk Ku Mengenggam Tangan Mu

Kini Ku Kirimkan Hati Ku..
Sebagai Pengganti Diri
Agar Ia Sentiasa Dekat

Pada Mu..
Agar Persahabatan Yang Terjalin Ini
Kekal Untuk Selamanya..

Walaupun DiriKu Tidak Muncul

Di Hadapanmu....
~ asrunharun ~

Jangan mencari kesempurnaan...

Jika kamu memancing ikan....
Setelah ikan itu terlekat di mata kail,
hendaklah kamu mengambil ikan itu....

Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia
semula ke dalam air begitu saja....
Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya
ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

Begitulah juga ........

Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN
kepada seseorang...
Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya....
Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja....

Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu
dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu. ...

Jika kamu menadah air biarlah berpada,
jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh....
cukuplah sekadar KEPERLUANmu. ..
Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menampalnya semula.... Akhirnya ia dibuang....

Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang,
TERIMALAH seadanya....
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu ISTIMEWA....

Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. ...
akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.



Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....

 Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi...
yang kamu pasti baik untuk dirimu.
Mengenyangkan. Berkhasiat.
Mengapa kamu berlengah,
cuba mencari makanan yang lain..
Terlalu ingin mengejar kelazatan.
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan MENYESAL. Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan.....yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU. .. MENGASIHIMU. ..
Mengapa kamu berlengah,
cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain.
Terlalu mengejar KESEMPURNAAN.
Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain..
Kamu juga yang akan MENYESAL

~ asrunharun ~

Wednesday, October 20, 2010

Fikir-fikirkan...

Memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih,apatah lagi kita dibuang begitu saja...tapi,itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita
dengan orang yang salah supaya apabila kita bertemu jodoh 

yang sebenarnya, kita berasa syukur kepadaNya

* memang ALLAH sengaja menemukan kita
dengan orang yang salah supaya
kita dapat
menjadi penilai yang baik.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita
dengan orang yang salah supaya
kita sedar
bahawa kita hanyalah makhluk yang
sentiasa mengharapkan pertolongan
ALLAH.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita
dengan orang yang salah supaya
kita dapat
KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK
DIRI KITA.

* memang ALLah sengaja menemukan kita 
dengan orang yang salah agar kita sedar
bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG
kerana mengingatkan kita bahawa dia
bukanlah pilihan yang hebat untuk kita
dan kehidupan kita pada masa depan...

*memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan
orang yang salah supaya kita dapat
mengutip pengalaman yang tak semua orang
berpeluang untuk mengalaminya
.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita
dengan orang yang salah supaya
kita jadi
MANUSIA YANG HEBAT JIWANYA
.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita
dengan orang yang salah supaya kita lebih
faham bahawa
CINTA YG TERBAIK HANYA ADA
BERSAMA ALLA
H.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita
dengan orang yang salah supaya
kita LEBIH
MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA
KEKAL.
Allah s.w.t tidak menjanjikan hidup ini tidak pernah susah, bersuka-ria tanpa kesedihan, Panas tanpa hujan  tetapi Dia memberi kita kekuatan, menenangkan kita  semasa kesedihan dan menunjukkan jalan yang  sebenar-benarnya.Janganlah kita sombong dengan kelebihan yang sementara.                                                                               

Yang terindah

Semenjak kau hadir dalam hidupku
Tiada lagi keresahan
Kau mengetuk pintu hatiku
Tanpa sedar hingga ku izinkan

Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah

Maaf jikaku tidak sempurna
Tika bahagia mula menjelma
Bila keyakinan datang merasa
Kasih disalut dengan kejujuran
Mencintai dirimu

Merindui dirimu
Memiliki dirimu
Hingga akhir hayat bersama kamu

Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah
Kau yang bernama cinta
Hingga aku rasa indah